Wednesday, August 1, 2018

KRAFTANGAN SUKU KAUM LUNBAWANG



Kraftangan Tradisional suku kaum LunBawang by, Esterfanie Robert Teo



kraftangan merupakan salah satu produk yang menarik kebanyakan pelancong luar dan dalam negara untuk datang melawat ke negara kita.

Maka dengan ini saya ingin memperkenalkan serba sedikit kraftangan tradisional dari suku
kaum Lun Bawang.

Image result for ruran ulung 2018
Masyarakat suku kaum LunBawang (Perempuan)


Related image
Masyarakat suku kaum LunBawang (Lelaki)


Suku kaum Lun Bawang ini ditemui di  daerah Lawas, Limbang, Trusan dan Pedalaman Borneo. Masyarakat Lun Bawang ini merupakan masyarakat yang paling banyak di Sarawak selepas Melayu dan Iban di Sarawak.
Itu saja serba sedikit saya terangkan mengenai suku kaum Lun Bawang.


Di sini saya akan menerangkan serba sedikit menegenai kraftangan atau aksesori yang digunakan oleh masyarakat Lun Bawang.


PEREMPUAN 

1. PATA ULUH 

Related image

Pata merupakan salah satu aksesori bagi suku kaum Lun Bawang (Perempuan) yang di pakai di atas kepala semasa menggunakan baju tradisonal.


2. BERET
Image result for KRAFTANGAN LUNBAWANG

Beret merupakan aksesori yang di pakai pada bahagian pinggang seorang perempuan yang menggunakan baju tradisional.


3.BAU TULANG 

Related image

Bau tulang merupakan aksesori yang di pakai pada bahagian leher seorang perempuan yang menggunakan baju tradisional.

4. RONG 
Image result for TAYEN

Rong merupakan aksesori yang di pakai untuk menutup kepala seorang perempuan daripada kepanasan.

5.TAYEN 
Related image

Tayen merupakan aksesori yang di pakai oleh seorang perempuan untuk membawa barang.

Image result for ruran ulung 2018

PAKAIAN DAN AKSESORI YANG LENGKAP OLEH SEORANG PEREMPUAN SUKU KAUM LUN BAWANG.


LELAKI

1. KUYU TALUN


Ini pula merupakan pemakaian bagi suku kaum Lun Bawang (Lelaki). Baju ini diperbuat daripada kulit kayu dan ini juga merupakan pemakain tradisional yang diperbuat asli.

2. SIGAR 

Sigar ialah aksesori lelaki yang digunakan untuk menutup di bahagian kepala untuk melindungi bahagian kepala dan menunjukkan dia seorang pahlawan LunBawang.


3. PELEPET 

Pelepet ini ialah aksesori di bahagian pinggang dan akan digunakan untuk berperang bagi kaum lelaki.

4.ABPAR 

Image result for padan liu burung

abpar merupakan aksesori nagi kaum lelaki. ini merupakan cawat bagi kaum lelaki.


Image result for padan liu burung 2018

PAKAIAN DAN AKSESORI YANG LENGKAP OLEH SEORANG LELAKI LUNBAWANG.




Masyarakat Lun Bawang ini sungguh unik kerana mereka menjahit manik pada baju tradisional mereka dengan sendirinya.Mereka menghasilkan corak  mengikut adat resam mereka.





Sekian itu saja serba sedikit perkongsian mengenai kraftangan tradisional suku kaum Lun Bawang dari saya. Biarpun saya  jauh dari kampung saya yang terletak di Lawas, Sarawak . Saya tetap sayangkan daerah saya dimana saya lahir dan membesar.