Kraftangan Tradisional suku kaum LunBawang by, Esterfanie Robert Teo
kraftangan merupakan salah satu produk yang menarik kebanyakan pelancong luar dan dalam negara untuk datang melawat ke negara kita.
Maka dengan ini saya ingin memperkenalkan serba sedikit kraftangan tradisional dari suku
kaum Lun Bawang.

Masyarakat suku kaum LunBawang (Perempuan)

Masyarakat suku kaum LunBawang (Lelaki)
Suku kaum Lun Bawang ini ditemui di daerah Lawas, Limbang, Trusan dan Pedalaman Borneo. Masyarakat Lun Bawang ini merupakan masyarakat yang paling banyak di Sarawak selepas Melayu dan Iban di Sarawak.
Itu saja serba sedikit saya terangkan mengenai suku kaum Lun Bawang.
Di sini saya akan menerangkan serba sedikit menegenai kraftangan atau aksesori yang digunakan oleh masyarakat Lun Bawang.
Itu saja serba sedikit saya terangkan mengenai suku kaum Lun Bawang.
Di sini saya akan menerangkan serba sedikit menegenai kraftangan atau aksesori yang digunakan oleh masyarakat Lun Bawang.
PEREMPUAN
1. PATA ULUH

Pata merupakan salah satu aksesori bagi suku kaum Lun Bawang (Perempuan) yang di pakai di atas kepala semasa menggunakan baju tradisonal.
2. BERET

Beret merupakan aksesori yang di pakai pada bahagian pinggang seorang perempuan yang menggunakan baju tradisional.
3.BAU TULANG

Bau tulang merupakan aksesori yang di pakai pada bahagian leher seorang perempuan yang menggunakan baju tradisional.
4. RONG

Rong merupakan aksesori yang di pakai untuk menutup kepala seorang perempuan daripada kepanasan.
5.TAYEN

Tayen merupakan aksesori yang di pakai oleh seorang perempuan untuk membawa barang.

PAKAIAN DAN AKSESORI YANG LENGKAP OLEH SEORANG PEREMPUAN SUKU KAUM LUN BAWANG.
LELAKI
1. KUYU TALUN

Ini pula merupakan pemakaian bagi suku kaum Lun Bawang (Lelaki). Baju ini diperbuat daripada kulit kayu dan ini juga merupakan pemakain tradisional yang diperbuat asli.
2. SIGAR

Sigar ialah aksesori lelaki yang digunakan untuk menutup di bahagian kepala untuk melindungi bahagian kepala dan menunjukkan dia seorang pahlawan LunBawang.
3. PELEPET

Pelepet ini ialah aksesori di bahagian pinggang dan akan digunakan untuk berperang bagi kaum lelaki.
4.ABPAR

abpar merupakan aksesori nagi kaum lelaki. ini merupakan cawat bagi kaum lelaki.

PAKAIAN DAN AKSESORI YANG LENGKAP OLEH SEORANG LELAKI LUNBAWANG.
Masyarakat Lun Bawang ini sungguh unik kerana mereka menjahit manik pada baju tradisional mereka dengan sendirinya.Mereka menghasilkan corak mengikut adat resam mereka.
Sekian itu saja serba sedikit perkongsian mengenai kraftangan tradisional suku kaum Lun Bawang dari saya. Biarpun saya jauh dari kampung saya yang terletak di Lawas, Sarawak . Saya tetap sayangkan daerah saya dimana saya lahir dan membesar.